Saturday, March 26, 2011

Hati diaa..

Aku baca blog dia. Ahh, sayu sangat. Aku menangis. Dapat rasai derita yang dia lalui. Betapa sukarnya hari-hari dia. Keinginan dia terhadap sesuatu begitu kuat. Semangat dia hilang entah kemana. Berbeda sangat dia masa aku kenali dulu. Hati aku lemah berhadapan dengan dia. Dia buat aku gila fikirkan hidup dia. Hati dia terlalu lembut macam kanak-kanak yang taktahu apa-apa. Sayang, hidup mesti diteruskan walau ape pun kita hadapi. Kau kene kuat. Jangan kerana seseorang kau jadi macam ni. Memang aku salah. Aku tak patut buat kau macam tu. Tapi macam aku cakap, aku terpaksa. Kau terlalu baik untuk aku. Bodoh kan alasan aku tu? Tapi kenyataan sayang. Maafkan aku. Hati aku bukan untuk kau walau hakikatnya aku tahu hanya kau yang aku mahukan. Kisah kita hanya kau dan aku tahu.

No comments:

Post a Comment