Saturday, March 26, 2011

Sepi

Kenapa dgn aku ni? Aku tkda otak ke? Sanggup aku tgk dia merana sebab aku. Aku tinggalkan dia macam tu je. Kejam nye aku ;(. Aku tak fikir ape yg dia rasa. Langsung tak. Ya tuhan, jangn biar dia merana lagi. Cukup aku seorang yang buat dia macam tu. Hati dia tak layak untuk sesiapa sakiti. Air mata dia bukan untuk dibazirkn macam tu je. Cinta dia bukan untuk dipermainkan. Senyuman dia bukan untuk dipaksa oleh sebab untuk tutup kesedihan hati dia. Aku tahu yang dia terluka kerana aku tapi aku terpaksa. Hati aku tak layak memiliki dia. Dia terlalu smpurna untuk aku. Aku tak pernah hargai dia kerana aku tak tahu betapa pentingnya dia bagi aku. Memang aku bahagia dgn dia. Sangat bahagia tapi kenapa aku buat dia macam tuu? ;'( Kalau aku dapat undurkan masa, aku akan hargai dia, sayang dia lebih dari apepun. Tapi semua terlambat. Setelah kehilangan dia, baru aku tahu ape itu cinta. Hidup aku kosong sebab masa ada dia, dia yang buat aku ketawa. Aku sepi tanpa dia. Baru aku tahu aku dah kehilangan sesuatu yang sangat beharga dalam hidup aku. Dan aku juga sedar yang aku dah sia-sia kan seseorang yang pernah sayang aku setulus hati dia. Aku menangis. Aku inginkan dia kembali, tapi mahukah dia? Dia maafkan aku ka? Atau hati dia dah boleh terima aku balik? Aku tertanya. Tiap hari aku ingatkan dia. Bila aku tengok dia dengan orang lain, air mata aku jatuh mcm tu je. Kenapa ya sedangkan aku dah siasiakan dia. Arghhh! Bodoh! Sedar Emellda! huhh. Tapi bila aku tengok dia break off dengan gadis tu, aku senyum. Aku lega hati dia tak dimiliki sesiapa. Aku ego. Tak fikir ape dia rasa tapi apa aku peduli? Aku suka tengok dia sorang-sorang. Huhu. Aku sayang kau! tapi aku tak boleh miliki kau walaupun aku tahu itu yang aku mahukan sejak aku kehilangan kau. Sekarang aku tengok kau senyap2. Aku jadi stalker kau yang paling setia. Haha. Kelakarkan? Tapi aku nak kau tahu yang aku memang sayangkan kau hingga bila-bila lah. Walaupun kau bukan yang pertama dan bukan yang terakhir dalam hidup aku, tapi kau yang terakhir dalam hati aku. Aku janji. Demi cinta aku pada kau, aku takkan pernah lupakan kau, kenangan kita dan seagalanya yang ada kaitan dengan kau.

Ikhlas untuk M.F.I:)

No comments:

Post a Comment